Sunday 19 June 2011

Perginya seorang sahabat...


Pertama kali aku bertemu dengan kamu, bulan Jun 2007. pada masa itu kita baru je mendaftarkan diri sebagai pelajar matriks di UIA PJ. kita sebilik dengan nasir dan lehun. masa kita baru jumpa tu, awal-awal aku dapat rasakan yang kamu ni memang sahabat yang baik. percakapan yang lembut, sopan. lepas je mak ayah kita hantar kita, kite bertiga dengan nasir pergi masjid tengahari tu bersama. memang kekok masa tu kan. cakap pon cover2..hehe.. kita banyak diam je. lepas je kita balik masjid, kita pergi makan tengahari sama-sama. bermulah episod cerita kita........

aku rindu kat keluarga aku bila baru-baru masuk CFS tu. tapi, kamu lah banyak membantu aku menyesuaikan diri kat tempat baru tu. sebab segalanya kita buat bersama, membuatkan aku tak sunyi. sejak itu kita jadi kawan baik. sepanjang 2 tahun kat PJ, kita sebilik. hampir setiap masa bersama kamu, rupanya itulah kenangan yang kamu tinggalkan buat aku kenang, mer.

masa kita berpindah ke Main Campus Kuantan, ak decide nak ambil Biotek, tak sangka kamu pun sama. jadi, kita sekelas. kelas kita 37 orang je, dan kamulah penyeri kelas kita tu. lepas ni aku pasti dah tak sama keadaannya..

waktu terakhir bersama..........

lepas je kamu habis kerja di Shell. kamu datang pula membantu kami lipat-lipat surat dengan hazwan, awe, DR Pah pon ade sekali. waktu petang itu kita banyak gelak-gelak. bila habis je lipat, aku dan hazwan nak hantar surat tu ke KOS. kamu pon nak teman sekali. itulah amer, sentiasa nak tolong orang. baik hati kamu. kita tunggu Bro.Malek. sambil kita tunggu, kamu check approval letter. kamu kata nak buat program akan datang. tapi tak approve lagi. Malam tu, kita nak ajar tuisyen, jadi kita tak dapat tunggu Bro Malek. tahu tak. Bro Malek kata dia sangat terkilan, Mer. Dia terkilan tak dapat jumpa kamu petang tu. lepas kita hantar surat tu kita pergi makan bersama, kat Suzana. aku ingat lagi. kamu makan nasi goreng ayam dan teh panas. itulah makanan berat kamu yang last. malam itu, kamu bercerita lebih dari biasa. selalu kamu banyak diam, cakap sikit-sikit je. tapi malam tu, kamu rancak bercerita. aku dan hazwan dengar cerita kamu. kamu cerita kisah kamu masa sekolah. ape kamu buat, kenangan-kenangan manis kamu. selalu kamu jarang nak cerita macam ni. kita gelak-gelak sebab kamu cerita benda yang kelakar-kelakar.hehe..lepas habis cerita pasal sekolah, kamu cerita pulak macamana kamu dapat kerja kat shell tu. kamu berbelah bagi antara kerja di Parkson dan Shell. disini lah dikatakan takdir. kamu memilih untuk bekerja di Shell.aku ingat satu ayat ini. lepas kamu habis cerita itu, kamu kata "inilah cerita kisah hidup aku"...selepas kita makan, kamu dan hazwan pergi ke rumah jiran untuk mengajar tuisyen. aku pula tak dapat nak ikut kerana aku ade mid term exam esoknya. aku masih ingat kamu duduk sebelah aku belek-belek buku sains PMR.aku bergurau, kene ke study nk ajar tuisyen. kita kan star. kamu kate ape-ape pon kene prepare. hem..bila aku fikir mendalam maksudnya, mer...malam itulah kali terakhir aku jumpa kamu. lepas habis tuisyen aku cari kamu. aku tanya hazwan, dia kata kamu pergi Shell. pagi-pagi lagi aku lihat kamu dan awe tiada dirumah. aku sangka kamu kerja pagi. tak tahu rupanya kamu pergi Panorama bersama kawan-kawan shell dan awe.aku pon teruskan study..tanpa aku sedar, dalam masa yang sama kamu sedang bergelut dengan nyawa. 8.40 pagi. Detik kamu sedang menyelamatkan kawan kamu, kamu juga mendapat kesukaran untuk berenang kerana arus kuat didalam air. kawan di atas, mencuba sedaya upaya menyelamatkan kamu. mereka mengikat dua tuala dan baling kepada kamu. saat itu, awe berkata hanya rambut sahaja yang kelihatan. kedengaran nafas kamu mencungap ketika itu. Ya ALLAH..aku tidak dapat bayangkan keadaan kamu masa itu. selepas itu, kamu berdua terus hilang, kamu terus tenggelam didalam arus yang kuat. ketika itu awe, memanggil polis.....

aku didalam dewan exam. bertalu-talu mendapat msg dan call. aku jadi tidak senang untuk menjawap. mencongak apakah yang sedang terjadi. hati mula cemas. tetapi aku teruskan menjawap. dalam 10.30, exam pon tamat. keluar sahaja dewan, aku terus menjawap call dari afiqah. suara dia sangat cemas. mengatakan amer hilang. aku terus mengigil. terus jadi tak keruan. aku baca dari mesej, hazwan suruh aku pergi kumpul ke rumah anis. nak pergi ke Sg. Lembing bersama. aku menggigil membawa moto ke rumah anis berdoa mengharapkan tiada apa-apa yang buruk berlaku pada amer. bila kami berkumpul di rumah Anis, kami bertiga terus ke Sg.Lembing. tiba-tiba, awe maklumkan yang mayat amer dah dijumpai. Ya Allah..tuhan je tahu perasaan kami waktu itu, tetapi hati aku terus-menerus tak mempercayai yang itu amer. kami terus berpatah balik dan terus menuju ke HTAA. kami antara yang terawal sampai. orang mula ramai. kamu memang ramai kawan, tidak mustahil ramai yang mahu melihat kamu,mer..setelah menanti dalam 2 jam. akhirnya jam 1.30 petang, jenazah kamu sampai. luluh aku lihat wajah kamu, amer..baru malam tadi kita berbual. bergurau. sekarang kamu dah kaku. Ya ALLAH..kuatkanlah hati aku untuk terima semua ini. aku lihat tenang sahaja wajah kamu. seperti wajah kamu selalu ketika tidur. aku terus tunggu kamu diluar. aku kuatkan diri untuk senyum, di dalam hati hanya tuhan yang tahu. tapi, aku kene redha kamu pergi. petang tu, ak dan beberapa rakan masih lagi menunggu keluarga kamu sampai.

Jam 6.30 petang akhirnya, mama kamu sampai. tak sampai hati aku lihat mama kamu menangis, mer..aku yang baru kenal kamu 4 tahun ni sudah terasa kehilangan kamu, apetah lagi yang menjaga kamu dari kecil. tetapi mama kamu tabah, mer. sama seperti kamu. sementara menunggu ayah kamu tiba, aku, wan dan awe pulang ke rumah sebentar untuk kemaskan baju kamu. sedihnya saat mengemaskan baju kamu, tuala kamu pun masih basah. masih baru dipakai..dalam jam 8 malam, ayah kamu pon sampai. kamu kemudian dibawa ke Masjid Tengku Afzan untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. kami bertolak dalam jam 10.30 malam. kami naik kereta abang kamu malam itu. malam itu, kereta kami hilang kawalan. mungkin sebab jalan yang licin dan laju. Alhamdulillah tiada apa yang buruk terjadi. kami selamat sampai di Lundang, Kota Bharu dalam jam 4.05 pagi. kami tumpang tidur sebentar di rumah Bro Halim. dalam jam 8.30 pagi, kami sampai ke rumah kamu. aku lihat ramai kenalan-kenalan kamu sudah hadir. pagi itu, sekali lagi aku tidak dapat menahan sebak pabila mengucup dahi kamu. kawan yang menemani aku selama hidup aku di UIA ini sudah meninggalkan aku buat selamanya. selesai solat jenazah, kami rakan-rakan diberi penghormatan untuk membawa kamu ke kubur. pabila melihat kamu dibawa masuk ke liang lahad, hati aku akhirnya pasrah..kamu sudah pergi. aku redha dengan pemergian kamu, amer.. sekali lagi kami rakan-rakan diberi penghormatan oleh keluarga kamu untuk menyiapkan pusara kamu.......

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. aku tidak terkilan apa-apa dengan kamu, amer. kamu sahabat yang baik. pasti aku memang terasa dengan kehilangan kamu. pasti setiap masa aku teringatkan kamu.tetapi, aku mesti redha dengan pemergian kamu. sayang macamana aku pada kamu, sayang lagi ALLAH pada kamu. aku bersyukur diberi peluang untuk rapat dengan kamu. kamu HERO untuk semua orang, kamu ringan tulang, selalu menghulurkan bantuan tanpa diminta, sehingga diakhir hayat kamu pun, kamu masih mahu menolong orang. insyallah Syurga tempatmu,kawan..aku rindu kamu, sayu teringat kamu, kerana setiap benda yang aku lihat ada kenangan dengan kamu. aku tetap akan ambil marine. concentration yang kita sama-sama janji nak ambil walaupun kamu sudah tiada di depan mata aku. tetapi kamu tetap hidup di hati aku..Al-Fatihah~


blog kamu mynes --> senyum 

berita harian


p/s;
sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada Adha Amer Udin boleh bank in ke account:-


0206-0001554-20-5 (Account cimb islamic)
muhammad Arezbokhary b omar
nombor account ini akan terus disalurkan ke ibunya

*semoga bantuan kita salurkan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga amer

6 comments:

Munira Shaari said...

sedihnyer bace..he really2 was a good friend to you..semoga roh amer di cucuri rahmat..Amin

Jannah said...

May Allah places him with the one that He Choosed..

lailac said...

tabahkan hati mizan.

hamizanyusof89 said...

insyallah~

Hans Hanis said...

banyak2 bersabar
doakan beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman
Al-Fatihah

hamizanyusof89 said...

amiinn...