A Diary Of My life 2

Chatter's Area

// - -

// 9 comments

//

Rezeki Allah dimana-mana..


Pejam celik pejam celik tinggal 2 minggu je short semester dah nak sampai ke penghujungnya. masa mula-mula dulu, terkulat juga sebab terlalu bosan dengan masa yang terlalu lapang. sampaikan terpaksa ambil keputusan nak bekerja. aku pon mula mencari kerja. susah jugalah..aku minta kerja kat parkson dan petronas. akhirnya dapat kat parkson. aku pon gembira sangat. bukan ape..dalam masa aku isi masa lapang, dapat jugak sikit duit untuk tanggung kos kat Kuantan ni. tapi..........gembira aku kejap je....Parkson tak bagi aku cuti satu hari pon dalam masa 12 hari warehouse. even setengah hari..dalam masa 12 hari tu, mid term exam aku jatuh pada salah satu dari hari tu.macamana dengan midterm aku? 

Jadi dengan berat hati, terpaksalah aku batalkan niat nak kerja situ. sedih la jugak..baru berangan nak simpan duit gaji tu..hee.tapi sudah tertulis, rezeki aku kat tempat lain, jiran aku perlukan private tutor untuk 3 orang anak dia. walaupun aku masih tak tahu, berapa aku akan dapat sebab aku cuma minta bayaran seikhlas mereka, tapi aku rasa seronok sangat. sebab dengan usaha sendiri kita dapat duit tu, andailah aku dapat sedikit tapi itu hasil titik peluh aku, rasa seronok tu mengatasi ape-ape pon. jadi aku tetap rasa gembira walau dapat sedikit. kalau dapat banyak. Alhamdulillah..

nak dijadikan cerita............

masa aku sedang sibuk bincang tentang Financial report dengan seorang Lecturer yang juga program Director untuk program ERP lepas sebentar tadi, dia  juga minta aku jadi private tutor untuk anak dia. bayaran yang dia nak tawar pon memang berbaloi. aku terkejut jugak mula-mula. hehe. ape pon aku rasa sangat bersyukur..pernah dulu aku sedih seketika sebab tak dapat kerja kat parkson setelah berhempas pulas mencari. siap dah beli kemeja putih tu, tapi, sekarang tanpa aku cari..kerja tu datang sendiri..menariknya, aku tak pernah pon war-warkan apetah lagi iklan kan untuk ajar tuisyen. tapi, mereka sendiri datang rumah aku, dan tanya sendiri...masyallah..itulah orang kata..rezeki ALLAH kat mana-mana..

Jadi, andainya kamu semua terlepas peluang ke, tak dapat ape yang dicari ke, jangan sedih..tuhan dah atur cantik untuk kita semua..ALLAH tahu ape yang baik dan ape yang buruk untuk kita..yang penting kita doa banyak-banyak...hee~

P/S: Alhamdulillah...first thing yang kene ucap bila dapat rezeki~


9 Responses so far.

  1. nabilah says:

    bagusnya...mmg rezeki ko mizan.. mengajar baik2..gud luck..

  2. perniagaan tuition en.blogger ni sudah b'tambah maju..joint venture??? hoho

  3. Nab: thanks..hee~ aku sibuk tuisyenkan org..tp mls nk tuisyenkan diri sendiri...huhu..padahal mid term lusa!! haha

  4. munira: rezeki, munira..tp tak lah maju mane pon..hehe..boleh saje join venture..baru nmpak empayar blogger..huhu

  5. empayar blogger..wow bunyi mcm best haha

  6. huhu..seem u agreed with that idea..hehe

  7. blh la wat business empayar blogger lps graduate nnt hehe

  8. beranganlah kita ni, munira..haha

  9. hidup mmg kene berangan wakakakaka