Sunday 19 June 2011

Perginya seorang sahabat...


Pertama kali aku bertemu dengan kamu, bulan Jun 2007. pada masa itu kita baru je mendaftarkan diri sebagai pelajar matriks di UIA PJ. kita sebilik dengan nasir dan lehun. masa kita baru jumpa tu, awal-awal aku dapat rasakan yang kamu ni memang sahabat yang baik. percakapan yang lembut, sopan. lepas je mak ayah kita hantar kita, kite bertiga dengan nasir pergi masjid tengahari tu bersama. memang kekok masa tu kan. cakap pon cover2..hehe.. kita banyak diam je. lepas je kita balik masjid, kita pergi makan tengahari sama-sama. bermulah episod cerita kita........

aku rindu kat keluarga aku bila baru-baru masuk CFS tu. tapi, kamu lah banyak membantu aku menyesuaikan diri kat tempat baru tu. sebab segalanya kita buat bersama, membuatkan aku tak sunyi. sejak itu kita jadi kawan baik. sepanjang 2 tahun kat PJ, kita sebilik. hampir setiap masa bersama kamu, rupanya itulah kenangan yang kamu tinggalkan buat aku kenang, mer.

masa kita berpindah ke Main Campus Kuantan, ak decide nak ambil Biotek, tak sangka kamu pun sama. jadi, kita sekelas. kelas kita 37 orang je, dan kamulah penyeri kelas kita tu. lepas ni aku pasti dah tak sama keadaannya..

waktu terakhir bersama..........

lepas je kamu habis kerja di Shell. kamu datang pula membantu kami lipat-lipat surat dengan hazwan, awe, DR Pah pon ade sekali. waktu petang itu kita banyak gelak-gelak. bila habis je lipat, aku dan hazwan nak hantar surat tu ke KOS. kamu pon nak teman sekali. itulah amer, sentiasa nak tolong orang. baik hati kamu. kita tunggu Bro.Malek. sambil kita tunggu, kamu check approval letter. kamu kata nak buat program akan datang. tapi tak approve lagi. Malam tu, kita nak ajar tuisyen, jadi kita tak dapat tunggu Bro Malek. tahu tak. Bro Malek kata dia sangat terkilan, Mer. Dia terkilan tak dapat jumpa kamu petang tu. lepas kita hantar surat tu kita pergi makan bersama, kat Suzana. aku ingat lagi. kamu makan nasi goreng ayam dan teh panas. itulah makanan berat kamu yang last. malam itu, kamu bercerita lebih dari biasa. selalu kamu banyak diam, cakap sikit-sikit je. tapi malam tu, kamu rancak bercerita. aku dan hazwan dengar cerita kamu. kamu cerita kisah kamu masa sekolah. ape kamu buat, kenangan-kenangan manis kamu. selalu kamu jarang nak cerita macam ni. kita gelak-gelak sebab kamu cerita benda yang kelakar-kelakar.hehe..lepas habis cerita pasal sekolah, kamu cerita pulak macamana kamu dapat kerja kat shell tu. kamu berbelah bagi antara kerja di Parkson dan Shell. disini lah dikatakan takdir. kamu memilih untuk bekerja di Shell.aku ingat satu ayat ini. lepas kamu habis cerita itu, kamu kata "inilah cerita kisah hidup aku"...selepas kita makan, kamu dan hazwan pergi ke rumah jiran untuk mengajar tuisyen. aku pula tak dapat nak ikut kerana aku ade mid term exam esoknya. aku masih ingat kamu duduk sebelah aku belek-belek buku sains PMR.aku bergurau, kene ke study nk ajar tuisyen. kita kan star. kamu kate ape-ape pon kene prepare. hem..bila aku fikir mendalam maksudnya, mer...malam itulah kali terakhir aku jumpa kamu. lepas habis tuisyen aku cari kamu. aku tanya hazwan, dia kata kamu pergi Shell. pagi-pagi lagi aku lihat kamu dan awe tiada dirumah. aku sangka kamu kerja pagi. tak tahu rupanya kamu pergi Panorama bersama kawan-kawan shell dan awe.aku pon teruskan study..tanpa aku sedar, dalam masa yang sama kamu sedang bergelut dengan nyawa. 8.40 pagi. Detik kamu sedang menyelamatkan kawan kamu, kamu juga mendapat kesukaran untuk berenang kerana arus kuat didalam air. kawan di atas, mencuba sedaya upaya menyelamatkan kamu. mereka mengikat dua tuala dan baling kepada kamu. saat itu, awe berkata hanya rambut sahaja yang kelihatan. kedengaran nafas kamu mencungap ketika itu. Ya ALLAH..aku tidak dapat bayangkan keadaan kamu masa itu. selepas itu, kamu berdua terus hilang, kamu terus tenggelam didalam arus yang kuat. ketika itu awe, memanggil polis.....

aku didalam dewan exam. bertalu-talu mendapat msg dan call. aku jadi tidak senang untuk menjawap. mencongak apakah yang sedang terjadi. hati mula cemas. tetapi aku teruskan menjawap. dalam 10.30, exam pon tamat. keluar sahaja dewan, aku terus menjawap call dari afiqah. suara dia sangat cemas. mengatakan amer hilang. aku terus mengigil. terus jadi tak keruan. aku baca dari mesej, hazwan suruh aku pergi kumpul ke rumah anis. nak pergi ke Sg. Lembing bersama. aku menggigil membawa moto ke rumah anis berdoa mengharapkan tiada apa-apa yang buruk berlaku pada amer. bila kami berkumpul di rumah Anis, kami bertiga terus ke Sg.Lembing. tiba-tiba, awe maklumkan yang mayat amer dah dijumpai. Ya Allah..tuhan je tahu perasaan kami waktu itu, tetapi hati aku terus-menerus tak mempercayai yang itu amer. kami terus berpatah balik dan terus menuju ke HTAA. kami antara yang terawal sampai. orang mula ramai. kamu memang ramai kawan, tidak mustahil ramai yang mahu melihat kamu,mer..setelah menanti dalam 2 jam. akhirnya jam 1.30 petang, jenazah kamu sampai. luluh aku lihat wajah kamu, amer..baru malam tadi kita berbual. bergurau. sekarang kamu dah kaku. Ya ALLAH..kuatkanlah hati aku untuk terima semua ini. aku lihat tenang sahaja wajah kamu. seperti wajah kamu selalu ketika tidur. aku terus tunggu kamu diluar. aku kuatkan diri untuk senyum, di dalam hati hanya tuhan yang tahu. tapi, aku kene redha kamu pergi. petang tu, ak dan beberapa rakan masih lagi menunggu keluarga kamu sampai.

Jam 6.30 petang akhirnya, mama kamu sampai. tak sampai hati aku lihat mama kamu menangis, mer..aku yang baru kenal kamu 4 tahun ni sudah terasa kehilangan kamu, apetah lagi yang menjaga kamu dari kecil. tetapi mama kamu tabah, mer. sama seperti kamu. sementara menunggu ayah kamu tiba, aku, wan dan awe pulang ke rumah sebentar untuk kemaskan baju kamu. sedihnya saat mengemaskan baju kamu, tuala kamu pun masih basah. masih baru dipakai..dalam jam 8 malam, ayah kamu pon sampai. kamu kemudian dibawa ke Masjid Tengku Afzan untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. kami bertolak dalam jam 10.30 malam. kami naik kereta abang kamu malam itu. malam itu, kereta kami hilang kawalan. mungkin sebab jalan yang licin dan laju. Alhamdulillah tiada apa yang buruk terjadi. kami selamat sampai di Lundang, Kota Bharu dalam jam 4.05 pagi. kami tumpang tidur sebentar di rumah Bro Halim. dalam jam 8.30 pagi, kami sampai ke rumah kamu. aku lihat ramai kenalan-kenalan kamu sudah hadir. pagi itu, sekali lagi aku tidak dapat menahan sebak pabila mengucup dahi kamu. kawan yang menemani aku selama hidup aku di UIA ini sudah meninggalkan aku buat selamanya. selesai solat jenazah, kami rakan-rakan diberi penghormatan untuk membawa kamu ke kubur. pabila melihat kamu dibawa masuk ke liang lahad, hati aku akhirnya pasrah..kamu sudah pergi. aku redha dengan pemergian kamu, amer.. sekali lagi kami rakan-rakan diberi penghormatan oleh keluarga kamu untuk menyiapkan pusara kamu.......

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. aku tidak terkilan apa-apa dengan kamu, amer. kamu sahabat yang baik. pasti aku memang terasa dengan kehilangan kamu. pasti setiap masa aku teringatkan kamu.tetapi, aku mesti redha dengan pemergian kamu. sayang macamana aku pada kamu, sayang lagi ALLAH pada kamu. aku bersyukur diberi peluang untuk rapat dengan kamu. kamu HERO untuk semua orang, kamu ringan tulang, selalu menghulurkan bantuan tanpa diminta, sehingga diakhir hayat kamu pun, kamu masih mahu menolong orang. insyallah Syurga tempatmu,kawan..aku rindu kamu, sayu teringat kamu, kerana setiap benda yang aku lihat ada kenangan dengan kamu. aku tetap akan ambil marine. concentration yang kita sama-sama janji nak ambil walaupun kamu sudah tiada di depan mata aku. tetapi kamu tetap hidup di hati aku..Al-Fatihah~


blog kamu mynes --> senyum 

berita harian


p/s;
sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada Adha Amer Udin boleh bank in ke account:-


0206-0001554-20-5 (Account cimb islamic)
muhammad Arezbokhary b omar
nombor account ini akan terus disalurkan ke ibunya

*semoga bantuan kita salurkan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga amer

Monday 13 June 2011

Rezeki Allah dimana-mana..


Pejam celik pejam celik tinggal 2 minggu je short semester dah nak sampai ke penghujungnya. masa mula-mula dulu, terkulat juga sebab terlalu bosan dengan masa yang terlalu lapang. sampaikan terpaksa ambil keputusan nak bekerja. aku pon mula mencari kerja. susah jugalah..aku minta kerja kat parkson dan petronas. akhirnya dapat kat parkson. aku pon gembira sangat. bukan ape..dalam masa aku isi masa lapang, dapat jugak sikit duit untuk tanggung kos kat Kuantan ni. tapi..........gembira aku kejap je....Parkson tak bagi aku cuti satu hari pon dalam masa 12 hari warehouse. even setengah hari..dalam masa 12 hari tu, mid term exam aku jatuh pada salah satu dari hari tu.macamana dengan midterm aku? 

Jadi dengan berat hati, terpaksalah aku batalkan niat nak kerja situ. sedih la jugak..baru berangan nak simpan duit gaji tu..hee.tapi sudah tertulis, rezeki aku kat tempat lain, jiran aku perlukan private tutor untuk 3 orang anak dia. walaupun aku masih tak tahu, berapa aku akan dapat sebab aku cuma minta bayaran seikhlas mereka, tapi aku rasa seronok sangat. sebab dengan usaha sendiri kita dapat duit tu, andailah aku dapat sedikit tapi itu hasil titik peluh aku, rasa seronok tu mengatasi ape-ape pon. jadi aku tetap rasa gembira walau dapat sedikit. kalau dapat banyak. Alhamdulillah..

nak dijadikan cerita............

masa aku sedang sibuk bincang tentang Financial report dengan seorang Lecturer yang juga program Director untuk program ERP lepas sebentar tadi, dia  juga minta aku jadi private tutor untuk anak dia. bayaran yang dia nak tawar pon memang berbaloi. aku terkejut jugak mula-mula. hehe. ape pon aku rasa sangat bersyukur..pernah dulu aku sedih seketika sebab tak dapat kerja kat parkson setelah berhempas pulas mencari. siap dah beli kemeja putih tu, tapi, sekarang tanpa aku cari..kerja tu datang sendiri..menariknya, aku tak pernah pon war-warkan apetah lagi iklan kan untuk ajar tuisyen. tapi, mereka sendiri datang rumah aku, dan tanya sendiri...masyallah..itulah orang kata..rezeki ALLAH kat mana-mana..

Jadi, andainya kamu semua terlepas peluang ke, tak dapat ape yang dicari ke, jangan sedih..tuhan dah atur cantik untuk kita semua..ALLAH tahu ape yang baik dan ape yang buruk untuk kita..yang penting kita doa banyak-banyak...hee~

P/S: Alhamdulillah...first thing yang kene ucap bila dapat rezeki~


Monday 6 June 2011

entry bukan-bukan



hari ni aku masak daging masak kunyit berkicap..haha..pelik tak bunyi dia? serius aku cakap sedap woo..nama dia je macam tak berapa senonoh..tapi serius sedap..

hari ni jugak aku dah mula buat tuisyen. Alhamdulillah student-student aku pon ok. mula-mula tu macam kekok je masing-masing. lama-lama ok je. ..yang penting kene tengok student kita macamana la kan..

yang penting aku enjoy dengan ape yang aku buat! hopefully the outcome is good

P/S: kalau msk kobis msk kunyit berkicap ok tak? haha


Saturday 4 June 2011

English Reading Programme


Assamualaikum~
entry kali ni nak kongsi program yang aku ikut baru-baru ni..
banyak-banyak program yang aku handle, aku rasa ini lah program yang paling banyak bermain dengan emosi, paling penat, paling menguji kesabaran, dan paling menguji kestabilan diri kite bekerja dalam tekanan yang super extreme..sebab:-

1) setakat ni, ni lah program yang aku terpaksa bekerja antara 12-15 jam selama seminggu. kerjanya pulak, mostly rushing. nak on the spot.terkejar-kejar sangat..
2) aku terpaksa skip makan tengahari.akibat terlalu sibuk..mkn mlm tu kira campur sekali tengahari tu..
3) multi-tasking- program ni, walaupun korang treasurer. tapi kene handle vanue jugak, tag jugak, photostate jugak, macam2lah. semua org mcmtu. ni disebabkan oleh kekurangan komitee
4) tak pernah lagi kene kemas 10 vanue dan susun kerusi dengan 4 orang je!
5) entahlaa..kepala tak boleh fikir ape lagi sebab banyak...........


sedikit tentang program ni..

program ni di namakan 'English Reading Program'. sasarannya kepada pelajar sekolah rendah tahun 1-6 dan menengah tingkatan 1-3. program ni lebih kepada memupuk minat membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris, selain membuang phobia kepada pelajar-pelajar melayu amnya terhadap bahasa Inggeris.

jom tengok gambar..kata orang 1 picture can tell 1000 stories...


PENDAFTARAN


 


Pendaftaran

   
kaunter Refund-dijaga oleh pakcik tua.


 
pelajar tingkatan 1-3

 

adik-adik darjah 3




                              AKTIVITI KELAS                         





  
khusyuknya dia..alolor...hehe



sayyidah with her student..hehehe


nampak tak budak tudung kelabu tu? budak tu sangat comel. aku selalu kacau dia.hehe. nama dia ain nabila







MAKAN TENGAHARI






  Nescafe free
 
duta nescafe.hukhuk




SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

adik-adik lelaki

 

adik-adik perempuan

 
sucinya muka mereka..masih tidak berdosa.... 





LAWATAN KE PERPUSTAKAAN NEGERI

 



diorang punya excited nak naik bus UIA.huhu

 
muka maintain ceria walaupun terpaksa menyadin dalam bas




PENUTUP





komitee yang ade cuma 5 orang. tuhan sahaja yang tahu bertapa penatnya kami 5 orang ni. tetapi alhamdulillah, segala penat lelah tu berbayar dengan kejayaan program ni. bukan aku je tetapi beberapa komitee dan fasi yang memang terlalu gembira sehingga termenitiskan air mata. siapa yang tak gembira. adik-adik yang datang mula-mula semua takut-takut. bila majlis penutup tu semua dah tak takut cakap english. nak tanya tandas pon cakap english. aku rs mmg cukup puas hati. berbaloi penat lelah kami selama ini..buat komitee dan fasi yang sangat9 komited ini gambar-gambar stress kita!! haha..




presentation para fasi-gambar ni diambil pada pukul 1.30 pagi


group binding fasi

 
tgk muka stress kat belakang tu.hehe

 
kat bilik rakaman suara.




masa ni aku dah pening susun duit.huhu

and lastly...

paling mahal -gambar program director, treasurer, head fasilitator, head special task, and head prep and tech tengah sangat tension!! haha..gambar ni sangat ori woo..bukan berlakon..huhu



semoga program kami ini dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang baik dimasa akan datang..terutama yang jenis ini:-



siapa tahu kan barisan yang comel-comel ini nanti akan muncul seorag pemimpin yang membela umat islam

semoga ape yang kami beri ini dapat dimanfaatkan oleh adik-adik..

dan buat yang teristimewa
......
....
..
.
para komitee dan fasi-fasi English Reading Program. semoga ALLAH dapat membalas jasa kalian. semoga jumpa lagi di program-program akan datang. nice to meet all of you!! maaf ye kalau ade terkasar bahasa ke.hee..



 P/S: financial report  waiting..ngee

Thursday 2 June 2011

buat ibu tercinta~


malam aku tulis cerita ini mak sudah dalam perjalanan ke Makkah..

seminggu sebelum mak bertolak, aku dapat satu panggilan dari mak. suara mak lain. seolah-olah seperti baru saja lepas nangis. aku terlalu risau. aku tak boleh tidur malam itu. sejak peristiwa itu, setiap malam aku telefon mak. walaupun aku terlalu sibuk dengan program..aku akan cari juga masa untuk telefon mak..semakin hari suara mak semakin ceria. hilang sedikit kerisauan aku.hemm..

aku berkali-kali meminta maaf sebab tidak berkesempatan nak hantar mak. tapi mak kata tak pe. ijan ade kuiz, bukan sengaja taknak balik. sayu je bila dengar mak cakap begitu. tapi aku janji akan jemput mak bila mak pulang nanti..semoga mak temui ketenangan di bumi anbiya, mak...

Ya ALLAH..Engkau selamatkanlah perjalanan ibuku, 
Engkau jauhkanlah dia dari bala bencana, Ya ALLAH
permudahkanlah urusan dia, Engkau peliharakan lah kesihatan dia,
janganlah kau uji dengan ujian yang tidak mampu ditanggungnya, Ya ALLAH..


P/S: tak sabar nak cium dahi mak bila mak balik nanti..