Tajuk dah macam cite kat TV 3 plak kan..tapi, memang betul pon aku singgah sahur kat rumah kawan.aku panggil dia angah..haha..
dah lama dah rasanya tak jumpa dengan beliau..sejak 8 bulan angah kat france, ni lah masanya nak jumpa. beberapa hari sebelum ni, dia ade suruh aku rasa kek coklat dia. OMG..OMG..aku terus nak belajar..dia kata senang..jadi dia pon carikan masa untuk aku datang belaja kt rumah dia..huhu
jadi, sebenarnya nak belajar kek coklat tujuannya..hehe..aku tiba pon lewat..dalam pukul 11.20 malam..malam tu tak pulak disangka angah suruh aku terus buat.dia duk sebelah..dia cakap senang je..cuma campuq2..oklah..aku pon buat je..sonang je rupenya nak buat kek coklat ni..ok ni caranya:-
BAHAN NI CAMPUR DAN GAUL DENGAN SUDU
1) Gula halus -2 cawan
2) Tepung gandum - 1,3/4 cawan
3) Baking Powder - 1,1/2 sudu (sudu teh tau,yang kecik tuh)
4) Bikarbonat - 1,1/2 sudu teh
5) Garam - 1/2 sudu teh
6) Chocolate Powder -3/4 cawan
Gula halus- 2 cup
anda hendaklah serius ketika menyukat
Chocolate-nak sedap guna Van Hounten.Tp, serbuk koko biasa pon boleh
rupa barang yang kita sukat tadi.
Then, kita gaul dengan muka yang sangat ceria dan kanak-kanak
"MACHINE" FOR 2 MIN
Lepas je bahan tadi di kacau-kacau..tambah pulak dengan bahan ini:-
1) Telur - 2 biji
2) Susu (bukan Anmum atau Anlene) -1 Cawan
3) Minyak -1/2 cawan
4) Perasa Vanila -1 sudu teh
* Machine kan semua bahan tadi
kitorang guna susu Dutch Lady
Minyak Vesawit
Machinekan 2 minit je
5) Lepas je Machine, campur dengan air panas - 1 cawan
6) Machine lagi sikit
KUKUS
1) Lepas Machine, terus masuk dalam pinggan yang tahan kukus..
2) Pernah tengok tempat kukus yang selalu orang buat lepat ke, apam ke..haa..
3) Kite kukus dalam 45 Minit
cari mangkuk pape je, janji tahan
Tempat kukus
TOPING
1) Bila dekat-dekat 45 minit tu, kita boleh sediakan bahan untuk luaran kek tu..
2) Amek dalam 4 baris coklat bar, tambah dengan 2 cawan susu tadi masuk dalam mangkuk
3) Panaskan
4) Agak-agak jangan cair sangat. bagi likat sikit
5) lepas kek siap, curah atas kek tu dan ratakan..
6) letak manik-manik sikit, bagi cun..nak letak heliza lagi ok..cun kek korang..
7) Lepas tu masuk dalam peti ais..
8) yang ni tak yang cakap..MAKAN!!
*senang kan? ni hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
P/S : Thanks a Lot kepada keluarga Azfar sebab bg layanan yang terbaik. sorylah malu-malu..ramai sangat perempuan..haha..thanks a lot, bro ajar aku..praktis main gitar tu elok-elok..daa..
3 comments:
ok dh blh comment hehe
yum yum yum!
dh beli bhn2,mlm raya blh buat experiment choc cake :p
munira..ms kukus, jgn tebal2 sgt tau..nnt tengah dia kurang masak..huhu..pastu jgn bukak2 pengukus tu..sy bkak2 smlm sbb nk tgk, tgh dia kurang msk..jd kene kukus lama ag..huhu..nnt dah buat pos! hehe
ok advisor i'll do it heee~
xsabor nk buat dh ni hehe
Post a Comment