Wednesday, 3 August 2011

Keunikan ramadan Dirumah..



Pertama sekali..rumah aku tidak seperti rumah orang lain..bukan rumah taman, rumah kampung, rumah panjang dan lain-lain...rumah aku memang ramai yang takut nak masuk..mungkin sebab tengok pagar hijau yang tinggi 10 meter macam penjara..siap berkawad-kawad lagi tu kot..tak pon gerun sebab masuk-masuk je jumpa 2-5 pengawal yang tegap-tegap yang akan berdiri tegak dan akan tenung je ko bila masuk..pastu pengawal tu semua ade Rifle M-16  . wah..rumah ape aku ni..pelik...haha..


Ayah aku Anggota Polis..jadi sejak kecik memang aku duduk 'dalam' je..maksud duduk dalam tu, duduk dalam Perumahan Polis atau nama saintifiknya 'Berek Polis'. haa...bulan ramadan ni ada sedikit kelainan bila duduk dalam ni..


pagi-pagi sahur..dalam 4.30 pagi akan ade kereta polis akan bunyi siren kuat..kereta itu dan orang-orang dalam kereta itu akan pergi ke setiap blok dan akan jerit guna pembesar suara 'penghuni blok T 1 sila bangun!! ulang suara, penghuni blok T1 sila banggguunn!!!'..kalau sakit jantung ke, asma ke, Gout ke boleh effect jugak bila dengar..hehe..tapi aku puji lah, walaupun cara dia gitu..rajin diorang kan nak pergi satu-satu blok..bukan sikit..banyak..pastu round dua kali pulak tu..banyak pahala diorang..kejutkan orang sahur..


time buka puasa pulak ade jugak siren..tapi siren ni dinantikan..tak macam sahur..haha..cuma siren ni lagi power..ni siren yang macam amaran bila tempat kita kene serang tu..boleh dengar bape kilometer..


masa puasa ni, ada satu amalan yang aku rasa seronok kat berek ni..gotong-royong masak moreh..huhu..setiap blok bergilir untuk masak moreh ni..jadi blok tu akan collect duit..akan decide nak buat ape..pastu masak ramai-ramai..macam kenduri..pastu makan ramai-ramai kat masjid lepas terawih..happening sangat..huhu..


tahun-tahun sebelum ni aku tak berpeluang dah nak rasa puasa kat rumah..baru lah tahun ni nak rasa balik..Alhamdulillah..ini lah kesempatan yang ada..





peace yo!

P/S: nak upload gambar..tapi lambat sangat..next time lah ye..

4 comments:

Munira Shaari said...

kt rumah sy pun de org naik lori wat announcement, tp dia jerit.."tilam lama tukar baru! tilam lama tukar baru" hoho

selamat b'buka!

hamizanyusof89 said...

itu kt rumah sewa sy kt kuantan ade...hehe..

apis said...

"time buka puasa pulak ade jugak siren..tapi siren ni dinantikan"
hahaha...

hamizanyusof89 said...

hahaha..betol tu pis..sangat dinantikan..haha