Ihsan pakcik Google
Dari situ lah aku mendengar ayat itu.
"Jika orang ramai nampak pahala di bulan puasa ini, rasa-rasanya tak cukup masjid didunia ini. seluruh umat berlumba-lumba mengejar pahala.........."
Setelah berfikir sekian lama. hampir menitis air mata pabila menyedari betapa bijaksananya ALLAH. banyak hikmahnya ALLAH tidak memberi manusia kelebihan untuk melihat pahala. Baik, begini..lebih mudah kita bayangkan dengan analogi ini.. bayangkan...
situasi A-kita berjanji pada rakan kita untuk melakukan sesuatu, dan kita janji untuk memberi sejumlah wang. sebaik dia habis melakukan ape yang disuruh, kita terus beri wang tersebut.cash.kita ulang dan ulang lagi...
situasi B-kita berjanji pada rakan kita yang lain untuk melakukan benda yang sama, dan seperti situasi A tadi, kita berjanji untuk memberi sejumlah wang. TETAPI..kita tidak beri wang itu terus. kita cuma masukkan kedalam akaun bank dia yang khas kita buat untuk dia. Dimana suatu hari nanti kita akan serahkan akaun itu pada dia.tetapi dia tidak tahu. dia cuma berpegang dengan apa yang kita janji pada dia sahaja. rasanya dia akan terus buat lagi jika kita sekali lagi menyuruh melakukan benda yang sama? ya..jika dia percaya pada kita.
boleh atau tidak kita mengukur sejauhmana kepercayaan rakan kita pada kita? boleh atau tidak kita mengetahui kejujuran dan keikhlasan rakan kita kepada kita? Lihat betapa bijaknya ALLAH. Dalam contoh di atas..mungkin kita tidak mengetahuinya secara total. tetapi, boleh dijadikan kayu pengukur..
Begitu hebat rencana ALLAH. Sudah diberi tahu, sekian amalan apa ganjarannya. amalan itu apa ganjarannya. TETAPI, hanya yang percaya pada ALLAH. dia lah yang dapat. Bila kita akan tahu ganjaran yang kita peroleh itu? semasa di hari pengadilan. rugilah kita jika masa itu baru kita tersedar betapa lewatnya kita..
Di bulan ramadan ini banyak sungguh janji ALLAH pada kita. marilah kita menjadi golongan yang percaya. pahala bulan ramadan
P/S: kita sudah berada dalam 20 ramadan yang terakhir. pasti kita akan jumpa ramadan akan datang? belum tentu. moh le...buat ape yang perlu..Peace yo..