Monday, 30 May 2011

PENZINA HANYA BERKAHWIN DGN PENZINA?


     Akhirnya, Allah SWT berfirman  " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3

Dalam ayat lain Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat diatas. Hikmah yang Allah maha mengetahui..amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.  Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.nauzubillah.




P/S: ada beberapa benda yang tidak boleh dilengahkan bila tiba masanya, ajal, jodoh, mengebumikan jenazah~
segera-segerakan jodoh tu yea..dun play2...

Wednesday, 25 May 2011

terkadang yang mungkin


Assalamualaikum~
permula bicara...
terasa kadang bicara kita sungguh manis..
terasa kadang bicara kita sungguh mencuit hati..
terasa kadang bicara kita memuaskan hati semua orang..

antara sedar atau lupa, terkadang itu kita membuat gurisan di hati orang...
perkataan kadang menjadi pedang yang amat tajam..
luka hirisan dalaman kadang lebih parah dari luarannya..
itulah berkuasanya kata~

maaf atas kekhilafan diri, terkadang salah menyusun kata..


nukilan: mizan


Tuesday, 24 May 2011

perpindahan yang memeritkan


Assalamualaikum...
akhirnya terpaksa berpindah ke blog baru..
blog yang lama ada masalah sikit untuk masuk..

secara rasmi dah berpindah dari a diary of my life, ok?

P/S: thanks ke kepada cik yang bertungkus lumus cuba tolong..hee~
tapi tak dapat juga selamatkan blog lama tu, tak pelah..ade hikmahnya tu...